Carian

Loading...

Karnival Keusahawanan


Program ini telah dijalankan bersempena Minggu Keusahawanan Sedunia 2009 bertempat di Pusat Internet Desa Yan. Ia bertujuan untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat memupuk minda yang berdaya saing malah dapat membantu dalam melaksanakan agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang inovatif dan berwawasan. 


Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 adalah kali ketiga diadakan. Program yang berlangsung selama sebulan di sepanjang bulan Jun ini menjalankan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan para usahawan serta komuniti menjadikan ICT sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Selain jual beli secara maya, para peserta juga boleh menimba pengalaman bersama-sama usahawan-usahawan yang telah maju setapak memasarkan produk mereka melalui Internet.


Selesai sudah Karnival Usahawan & ICT PID Zon Utara yang telah diadakan pada 29 Disember 2010 hingga 1 Januari 2011 dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan penuh kemeriahan sepanjang karnival berlangsung sepanjang empat hari berkampung di Dewan Dato Madi Yan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails