Carian

Loading...

Monday, December 7, 2009

PID Entrpreneurship Fair 2009

Tajuk : Bengkel Membuat Blog (Siri 1 dan 2)
Tarikh : 16 & 17 November 2009
Masa : 9 - 12.30 tgh
Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Jumlah Peserta : 10 orang


Objektif

  • Menggalakkan usahawan mempelajari teknologi maklumat
  • Melahirkan usahawan yang berdaya saing untuk merebut peluang mempromosi produk mereka di dalam blog, portal dan sebagainya
  • Menggalakkan para usahawan menjadikan internet sebagai pusat maklumat dalam mempromosi, mempelajari sesuatu perkara baru berkaitan produk mereka.
  • Menggalakkan usahawan menggunakan internet dalam kehidupan harian

Program ini telah dijalankan bersempena Minggu Keusahawanan Sedunia 2009 bertempat di Pusat Internet Desa Yan. Ia bertujuan untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat memupuk minda yang berdaya saing malah dapat membantu dalam melaksanakan agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang inovatif dan berwawasan.

Selain itu, usahawan juga berpeluang memasarkan dan mempromosikan produk mereka dengan lebih jauh lagi dengan mempelajari blog. Pelbagai teknik dipelajari termasuklah cara-cara menukar template dan background, mencatat post, memasukkan widget ke dalam blog dan sebagainya.

Program ini memerlukan setiap usahawan mempunyai pemikiran kreatif dalam mencapai matlamat bagaimana meletakkan produk mereka sebagai yang terbaik. Selain rekaletak dan blog yang cantik, ayat-ayat yang menarik juga perlu dititikberatkan dalam mempromosi produk mereka.



Sesi taklimat oleh En. Hamizam

Peserta sedang mendengar penerangan mengenai blog

Pendaftaran di blogger.com



Sesi membuat blog

Sesi membuat blog

Tajuk : Bengkel Perbankan Internet (E-banking)
Tarikh : 18 November 2009
Masa : 9.30 - 12.30 tgh
Tempat : Pusat Internet Desa Yan

Objektif

  • Menggalakkan usahawan menggunakan internet banking dalam urusan seharian dan perniagaan
Bengkel perbankan internet ini diadakan berdasarkan kepada keperluan masa kini yang memerlukan seseorang menggunakan teknologi ini agar segala urusan berkaitan kewangan menjadi lebih mudah. Ia memerlukan kefahaman mengenai urusan jualbeli dan transaksi yang berlaku di atas talian.


Peserta didedahkan dengan keperluan untuk mendapatkan no PIN di mesin pengeluar wang terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan e-banking. Selain daripada itu, para peserta juga diterangkan mengenai transaksi-transaksi yang boleh dilakukan menggunakan internet banking selain diingatkan tentang keperluan untuk 'log out' akaun sebelum menutup aplikasi perbankan internet sebagai ciri-ciri keselamatan.









Tajuk : Lawatan ke Bengkel Memproses Tepung Kek dan Biskut Segera Pn. Zainab Ismail
Tarikh : 19 November 2009
Masa : 10 - 12.00 tgh
Tempat : Kg. Sg. Daun Tengah, Yan Kedah


Objektif
  • Mendedahkan usahawan dengan pengalaman usahawan lain dan memberi motivasi kepada para usahawan untuk lebih maju ke hadapan
  • Meninjau aktiviti yang dijalankan di bengkel
  • Mengeratkan silaturrahim di kalangan usahawan


Lawatan ke bengkel Pn. Zainab ini telah disertai oleh 6 orang peserta yang juga terdiri daripada usahawan KUSPID Yan. Selain dapat melihat penghasilan produk seperti mengadun, mengayak dan membungkus, para usahawan juga dapat berkongsi pengalaman bersama Pn. Zainab cara-cara untuk mendapatkan bantuan mesin, kewangan dan sebagainya.


Pn. Zainab Ismail merupakan seorang usahawan wanita yang menjalankan aktiviti perniagaan secara perkongsian. Syarikat yang diberi nama SNZ Cemerlang ini memproses dan mengedar pelbagai jenis tepung kek dan biskut segera yang kini sedang menunggu mendapatkan kotak daripada SIRIM. Klik sini untuk melihat blog Pn. Zainab.


Di dalam satu pek tepung kek segera coklat lembap misalnya, disediakan tepung, gula, coklat cair dan chocolate rise. Pengguna cuma perlu menambah mentega dan telur sahaja. Resepi membuat kek coklat lembap juga disediakan. Dari itu, pengguna tidak perlu membeli bahan yang banyak untuk membuat sebiji kek. Selain menjimatkan masa, ia juga mudah disediakan.


Di akhir pertemuan, kami telah dijamu dengan jamuan kecil yang disediakan oleh Pn. Zainab. Antaranya ialah kek coklat lembap keluaran syarikatnya yang amat sedap.


Ketibaan usahawan di bengkel Pn. Zainab



Pn. Zainab di hadapan bengkel


Gambar di dalam bengkel



Mesin pengadun

Mesin pengayak

Pembungkusan



Kek hasil keluaran tepung segera kek coklat lembap Pn. Zainab


** Lihat lebih banyak gambar di GALERI AKTIVITI


Thursday, December 3, 2009

Kelebihan Minyak Kelapa Dara

Oleh SITI RAHMAH SAMSUDEN
Sumber PERNIAGAAN TRADISIONAL HERBA SARI

Minyak kelapa dara adalah merupakan penawar 1001 macam penyakit. Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang didapati dengan menggunakan minyak kelapa dara :-

  • Menurunkan kandungan gula dalam darah
  • Menghalus dan melicinkan kulit
  • Menyembuhkan luka pesakit kencing manis
  • Menyembuhkan gout
  • Berfungsi sebagai ubat batuk
  • Menyembuhkan thyroid peringkat ketiga
  • Memudahkan proses bersalin
  • Awet muda
  • Bertindak sebagai pelawas
  • Mengurangkan kelesuan badan
  • menyembuhkan batuk dan selsema
  • Melegakan sakit kepala
  • Menyembuhkan tisu kulit yang luka
  • Mengurangkan jeragat dimuka
  • Mengurangkan sengal-sengal di badan
  • Mengurangkan sakit buasir
  • Menyembuhkan semput atau lelah
  • Meredakan benjol
  • Ubat resdung
  • Menyembuhkan Hepatitis B
  • Tidur malam yang lena
  • Merawat gatal-gatal, kudis, panau dan kurap
  • Menghitamkan dan melebatkan rambut
  • Boleh dijadikan sebagai amalan diet kerana selepas minum perut pasti berasa kenyang
  • Menyembuhkan ulser mulut
  • melegakan sakit gigi
  • Menghilangkan kelemumur atau ketombe
  • Membuang angin dalam badan

Wednesday, December 2, 2009

Katalog

PRODUK HERBA







[1] [2] [3] [4]



Katalog

MAKANAN SEJUKBEKU





[1] [2] [3] [4]


Katalog

MAKANAN SEGERA






[1] [2] [3] [4]


Tuesday, December 1, 2009

Katalog

KUIH TRADISIONAL





[1] [2] [3] [4]



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails