Carian

Loading...

Monday, November 23, 2009

Promosi Jualan Produk KUS di Pusat Intenet Desa Yan

Oleh : Siti Rahmah Samsuden






Promosi Jualan PID ini dijalankan selama lima hari bermula 12 hingga 16 Julai 2009. Bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Yan promosi jualan ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5 petang. Ia bertujuan untuk mempromosi produk ahli-ahli kelab KUSYAN yang terdiri daripada kuih tradisional, produk berasaskan keli, tepung goreng ayam, produk berasaskan buah naga dan lain-lain lagi.

Memandangkan sekarang ini musim buah-buahan, pelbagai jenis buah-buahan dijual pada harga yang murah, RM10 (langsat, pulasan, durian dan manggis).

Seramai enam orang usahawan mengambil bahagian dalam promosi ini. Selain mempromosi produk, mereka juga dapat menimba pengalaman dalam perniagaan dan teknik-teknik pemasaran yang betul dan berkesan.

Kami, pihak pengurusan KUS amat berpuas hati dengan prestasi para usahawan yang bertungkus lumus dalam memasarkan produk ahli KUS dan bekerja bersama-sama bagi memastikan produk KUS berjalan dengan lancar. Di antara produk yang menarik perhatian pembeli adalah sabun pencuci pinggan mangkuk, buah-buahan tempatan, dan tepung goreng ayam berempah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails