SNZ CEMERLANG ENTERPRISE
Promosi yang dijalankan ke kilang-kilang, rumah ke rumah, pe jabat-pejabat dan sekolah-sekolah ini sedang membesarkan perniagaan dengan memasarkan produk keluaran mereka di seluruh Malaysia. Permintaan daripada pelanggan dihantar pos melalui bas dan keretapi.
Produk yang dipantau oleh SIRIM ini terdiri daripada tepung kek coklat lembap, tepung kek lemon, oren dan pandan.
Di antara aktiviti yang dijalankan termasuk memproses dan mengedar tepung kek segera berperasa coklat, lemon, pandan, oren, marble, kek buah dan kurma. Selain daripada itu, SNZ juga memproses tepung biskut segera seperti almong london, aiskrim, tart gulung dan sebagainya. Tepung kek dan biskut segera ini diselitkan resepi di dalamnya untuk memudahkan pelanggan menikmati rasa kek dan biskut yang gebu dan sedap.

