Carian

Loading...

Monday, November 23, 2009

Karnival Keusahawanan PID 2009

Oleh SITI RAHMAH SAMSUDEN









Program ini telah dijalankan bersempena Minggu Keusahawanan Sedunia 2009 bertempat di Pusat Internet Desa Yan. Program ini bertujuan untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat memupuk minda yang berdaya saing malah dapat membantu dalam melaksanakan agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang inovatif dan berwawasan.

Di antara aktiviti yang dijalankan adalah bengkel membuat blog dan perbankan internet.

Objektif

  • Menggalakkan usahawan mempelajari teknologi maklumat
  • Melahirkan usahawan yang berdaya saing untuk merebut peluang mempromosi produk mereka di dalam blog, portal dan sebagainya
  • Menggalakkan para usahawan menjadikan internet sebagai pusat maklumat dalam mempromosi, mempelajari sesuatu perkara baru berkaitan produk mereka.
  • Menggalakkan usahawan menggunakan internet dalam kehidupan harian

Lawatan ke bengkel usahawan iaitu Pn. Zainab Ismail telah diadakan. Beliau merupakan pengusaha tepung kek dan biskut segera. Di antara produknya termasuk tepung kek span, kek coklat, oren, pandan, lemon, masam manis dan biskut almond london, tart nenas, radent queen dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut layari http://snzcemerlang.blogpspot.com

Objektif
  • Mendedahkan usahawan dengan pengalaman usahawan lain dan memberi motivasi kepada para usahawan untuk lebih maju ke hadapan
  • Meninjau aktiviti yang dijalankan dirumah/bengkel
  • Melihat perkembangan usahawan
  • Meninjau kawasan sekitar tempat penghasilan produk
  • Mengeratkan silaturrahim di kalangan usahawan


Pn. Zainab di hadapan bengkel memproses tepung kek dan biskut


Lawatan ke dalam bengkel


Kek dihasilkan daripada tepung kek segera SNZ Cemerlang



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails