Carian

Loading...

Monday, November 23, 2009

Karnival Jualan Mega Anjuran MARA, Bayan Baru Pulau Pinang

Oleh : Siti Rahmah Samsuden

Karnival anjuran MARA yang telah di adakan di tapak pasar ramadhan, Bayan Baru Pulau Pinang ini julung kali disertai oleh ahli Kelab Usahawan Sosial Yan (KUSYan). Program yang diadakan selama 3 hari bermula 26 - 28 Jun 2009, ini memberi peluang kepada ahli-ahli kelab mempelajari selok belok perniagaan, cara-cara pemasaran produk dan sebagainya.

Seramai 9 orang ahli yang menghantar produk mereka untuk dipromosi, tetapi hanya 5 perserta sahaja yang dapat mengambil bahagian selama program ini berlangsung.

Selain dapat berk
ongsi-kongsi idea bersama-sama para usahawan yang lain, mereka juga dapat menimba ilmu dan pengalaman tentang keusahawanan. Di antara produk-produk KUSYan terdiri daripada pelbagai jenis kuih-kuih tradisional seperti bahulu, kuih bakar, peniram, buah rotan, popia pedas, rempeyek, maruku, kuih kapal terbang, pagoda dan banyak lagi.

Selain itu kami juga mempunyai produk herba dan kecantikan yang mana bahannya terdiri daripada minyak kelapa dara. Produk ikan keli juga tidak ketinggalan dalam mempromosi produk ahli KUS. Ikan keli masin berempah adalah buatan tangan dan diadun bersama rempah-ratus yang enak dimakan. Nugget ikan keli pula adalah satu produk yang berkualiti yang tidak dijumpai di mana-mana. Rasanya yang kenyal, enak dimakan begitu sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails