Carian

Loading...

Monday, November 23, 2009

Jualan FAMA, Guar Chempedak

Oleh : Siti Rahmah Samsuden

Jualan FAMA Guar Chempedak telah diadakah pada 1 hingga 8 Ogos 2009 di Perkarangan Bangunan Pasar Tani FAMA, Guar Chempedak. Jualan diadakan atas jemputan pihak FAMA Guar Chempedak.

Seramai 10 orang ahli KUS telah mengikuti jualan ini termasuk 2 ahli baru iaitu Pn. Zainab Ismail (dari Sg. Daun Tengah) dan Pn. Zaitun Shaari (dari Sg. Dedap) yang memperkenalkan produk baru iaitu tepung kek, sagon, kacang dal pedas, dadih, kek lembap, muffin dan sebagainya.

Pelbagai acara diadakan di sepanjang promosi jualan ini berlangsung. Di antaranya, pertandingan mewarna kanak-kanak KEMAS, cabutan bertuah, pertunjukan wayang kulit, senamrobik dan banyak lagi.

Kami, pihak pengurusan Kelab Usahawan Sosial Yan amat berbangga dengan pencapaian para peserta berikutan jualan yang amat laris pada tarikh tersebut dengan purata jualan sebanyak RM400 sehari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails