Carian

Loading...

Tuesday, October 6, 2009

Buletin Kelab Usahawan Sosial Yan

Karnival Anjuran MARA di Bayan Baru, Pulau Pinang

Karnival anjuran MARA yang telah di adakan di tapak pasar ramadhan, Bayan Baru Pulau Pinang ini julung kali disertai oleh ahli Kelab Usahawan Sosial Yan (KUSYan). Program yang diadakan selama 3 hari bermula 26 - 28 Jun 2009, ini memberi peluang kepada ahli-ahli kelab mempelajari selok belok perniagaan, cara-cara pemasaran produk dan sebagainya.



Promosi jualan produk KUS di Pusat Internet Desa Yan

Promosi Jualan PID ini dijalankan selama lima hari bermula 12 hingga 16 Julai 2009. Bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Yan promosi jualan ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5 petang. Ia bertujuan untuk mempromosi produk ahli-ahli kelab KUSYAN yang terdiri daripada kuih tradisional, produk berasaskan keli, tepung goreng ayam, produk berasaskan buah naga dan lain-lain lagi.



Promosi Jualan di Kg. Titi Teras, Guar Chempedak


Promosi jualan kali ini diadakan pada 6 Julai 2009 di Kg. titi Teras, Guar Chempedak. Program anjuran Jabatan Pertanian ini adalah bersempena pelancaran bagi menjadikan Kg. Titi teras sebagai pusat pengumpulan buah-buahan bermusim. Semua ahli KUS mengambil bahagian dalam program ini. Selain jualan pameran juga turut diadakan.



Jualan FAMA, Guar Chempedak



Jualan FAMA Guar Chempedak telah diadakah pada 1 hingga 8 Ogos 2009 di Perkarangan Bangunan Pasar Tani FAMA, Guar Chempedak. Jualan diadakan atas jemputan pihak FAMA Guar Chempedak.

Karnival Keusahawanan PID 2009


Program ini telah dijalankan bersempena Minggu Keusahawanan Sedunia 2009 bertempat di Pusat Internet Desa Yan. Program ini bertujuan untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandardan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat memupuk minda yang berdaya saing malah dapat membantu dalam melaksanakan agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang inovatif dan berwawasan.
Baca Selanjutnya>>


Taklimat oleh Metrocomm Sdn. Bhd (CoopShoppe)
 
Taklimat telah disampaikan oleh En. Azlan Abdullah yang memperkenalkan satu program keusahawanan yang bertujuan untuk memasarkan produk-produk koperasi melalui skim keahlian di bawah kumpulan CoopShoope.
 
Karnival Usahawan Sosial Yan 2010
 
Karnival Keusahawanan Sosial yang diadakan selama sebulan bermula 6 Jun 2010 tamatlah sudah. Tahniah kepada para peserta yang telah menyertai bengkel yang telah diadakan. Pembukaan E-Kedai di laman web rasmi Pusat Internet Desa bakal membawa para usahawan menuju setapak lagi dalam memajukan diri di dunia siber dalam mempromosi produk secara meluas. 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails