Tempat : Pusat Internet Desa Yan
Tarikh : 6 - 10 Jun 2010
Masa : 9.30 pg - 12 tgh
- Menggalakkan penggunaan portal pid sebagai laman rasmi untuk jualan online
- Memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai jualan online yang boleh dilakukan di dalam portal PID
- Menggalakkan usahawan mempromosi produk mereka dan menggunakan internet sebagai pembuka jalan memperkenalkan produk di seluruh negara
| www.pid.net.my |
Para peserta adalah terdiri daripada kalangan usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun usahawan IKS. Mereka diajar cara-cara mendaftar e-kedai dan seterusnya cara-cara memasukkan produk serta gambar. Dengan adany e-kedai ini, diharap perniagaan mereka akan semakin maju dan mendapat lebih banyak tempahan pada masa akan datang.
Kedai-kedai yang terdapat di dalam portal adalah seperti Aneka Snek (dimiliki oleh Pn. Sobehah Bakar), Bio4Cure (En. Mohd Yusuff Lon), Cuba Rasa (Pn. Zawiyah Husin), Maukawan Enterprise (Pn. Zaitun Mat Rashid@Saad), Selera Desa (Pn. Sareah Md Zain), SNZ Cemerlang (Pn. Zainab Ismail) dan YNdaliz Marketing (En. Yusnizan).
Bengkel Membuat Blog
Tempat : Pusat Internet Desa Yan
- Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan blog
- Mempelajari teknik-teknik serta kemahiran yang boleh dimasukkan ke dalam blog
- Memberi galakan kepada para peserta membuat kandungan tempatan
| Borang PertandinganMembuat Blog |
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 24 Jun 2010.
Tempat : CIMB Cawangan Guar Chempadak, Pusat Internet Desa Yan
Objektif
- Mendedahkan para peserta dengan pembayaran secara online
- Menggalakkan penggunaan Internet Banking di kalangan usahawan bagi memudahkan urusan jual beli melalui e-kedai dan blog, memindah wang, pembayaran bil dan sebagainya.
Lawatan ke Bengkel Usahawan
Mohd Yusuff Lon
Tradisional Herba Sari)
Tempat : Kg. Setol, Yan Kedah
Tarikh : 22 Jun 2010
Masa : 10 -30 pg - 12.30 tgh
- Memberi pendedahan kepada para peserta dengan pengalaman yang boleh didapati daripada pengusaha
- Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli
En. Mohd Yusoff Lon merupakan anak jati Kg. Setol Kedah dan telah menjalankan perniagaan ini selama hampir 6 tahun. Beliau mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian merupakan ahli KUSPID yang giat mempromosi produk beliau di merata ekspo dan karnival seperti Karnival Sua Rasa anjuran TV9, Karnival Bank Rakyat dan juga anjuran Jabatan Pertanian.
Pada lawatan ini, kami didedahkan dengan pengenalan pokok-pokok herba yang ditanam di hadapan rumah pengusaha sendiri seperti temulawak, mengkunyit, kacip fatimah, dan berbagai-bagai jenis herba yang kebanyakannya digunakan dalam menghasilkan produk beliau. Selain itu, kami juga diberi penerangan serba sedikit kegunaan pokok-pokok herba tersebut.
Bengkel ini mendapat peruntukan daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah termasuklah mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan minyak kelapa dara dan herba. Produk-produk keluaran Perniagaan Tradiosional Herbasari termasuklah minyak kelapa dara yang mempunyai banyak kegunaan merawat pelbagai jenis penyakit, losyen minyak kelapa dara, biskut herbasari, teh herbasari dan teh mahkota dewa.
Tempat : Kulim HighTech Park Golf & Country Resort
Tarikh : 29 Jun 2010
Masa : 9pg - 5 petang
- Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang program yang akan diadakan
- Memberi peluang kepada para usahawan membangunkan diri dan perniagaan
Bengkel sehari juga telah diadakan yang membawa para usahawan menuju ke arah perniagaan yang cemerlang.



